Followers

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 24, 2012

Meludah, Air Zam Zam dan jambu batu

Salam,

Saya ada satu masalah masa mengandung ni.
Saya mempunyai air liur yang banyak dan akan kene selalu meludah untuk buang air liur ni.
Tak boleh nak telan. Sebab air liur ni rasa pahit semacam je.
Kalau kumpul lama2 dalam mulut end up saya akan rasa loya nak muntah.
Plastic memang ke mana sahaja di bawa. Hubby belikan satu pek beg plastic orang meniaga tu.
So kemana2 bawak. Kalau terlupa bawak memang mengagau la cari plastic nak meludah.
Puas dah tanya orang and google. Semua cakap takde petua nak hilang. Harung je la.
Harap2 tak la berterusan sampai ke bersalin nanti.
Kalau nak bagi tak meludah kene makan sumtink. Tu pun makanan yang last saya tak boleh nak telan.
Saya akan ludahkan.
Disebabkan tekak ni rasa pahit sebab air liur tu. Saya ada habit suka minum air manis.
Memang kalau tak dapat minum air manis tu rasa tak sedap je.
Air masak tak dapat nak telan sangat,. Rasa payau je bila lalu kat tekak ni.
Risau memang risau asik minum air manis je.
Kadang2 jelous tengok orang bila die minum air masak dengan banyak masa preggy.
Apakan daya tekak ku tak bole nak terima.
Kalau bole minum air masak pun sikitiiit je. Tak bole minum banyak2. Sebab akan muntah balik.
The only air putih yang bole lalu kat teka ni ialah Air Zam Zam.
Amacam demand kan baby ku?
Miraclenye air zam zam tu. So weekend lepas saya pun mintak la husband belikan Air Zam Zam kat kg.
Kg husband kat Teluk Intan Perak. Kat situ ade kawan FIL yang jual air Zam Zam.
Packaging memang dari Mekah punya. Siap ade tag flight lagi.
Botol besar RM140. Yang kecil sket RM100. Masa beli tu yang besar dah habis so beli yang kecil.
Bolela kan. Nuw tengah paksa diri minum air Zam Zam tu. Sebab 8Aug nanti kene minum air gula.
Takmola doctor detect ade kencing manis. Setiap hari pakse diri habiskan 1botol 500ml tu.
Tapi air manis tetap minum kikiki.
Sekarang tengah gilerr air keladi cincau dekat kolej 12th UM.
Orang tu punya air keladi cincau memang terbaik.
Hari2 nak minum. Tapi sekarang bulan puasa. Tak dapatla nak minum.
Sedeyyyy giler.
Air keladi tempat lain tak sama. Kebanyakannya buat cair. Ais banyak. So rasa ais je lebey dari keladi.
Huwaaaa nak air keladi cincau tu. Mana nak carik ni.

Lagi satu sekarang saya suka sangat makan buah jambu batu. Memang dari kecil pun suka makan.
Tapi masa mengandung ni memang suka sangat la.
Jambu batu tu di potong nipis2 rendam dalam air garam.
So jambu tu akan rasa lembut dan manis2 sket. Makan macam tu je.
Kelebihannya, yang ni saya baru tahu, dia boleh hilangkan rasa loya dan lagi satu Hb kite akan mantain. Tak rendah.
Yang pasal Hb kawan yang bagi tahu. Patutla masa check up saya kagum nurse puji Hb maintain.
Walhal aku makan xdela berkhasiat sangat, muntah je lebey. Makan pun tak selera. Macam mana boleh maintain?
Rupanya jambu batu tu. So makan la selalu ye.
Lagi satu jambu air. Jambu air plak saya suka makan cicah dengan kicap+gula. Memang terbaik!!
Itupun makanan kegemaran masa kecil.
Hari ni nak paksa hubby belikan jambu jugak. Stok da habis. huhu.

Ok sekian. Hari ni saya tak puasa, huhuhu.
Apakan daya...

Monday, July 16, 2012

ehem..ehem..entry selepas lama menyepi.

Salam,

Lama dah tak update kat sini.
Bukan apa. Since detect pregnant 5weeks hari tu.
Maka start la segala pregnancy sickness ku. huhu.
So sepanjang tu memang takde maknanyalah nak update2 blog ni.
Banyak prep wedding review hari tu tergendala.
InsyaAllah akan cuba update sikit2 lepas ni.

Now da 13weeks 1day. Dah lepas trimester pertama
Sickness da ok sikit. Still muntah2 lagi. Perut masih meragam sikit2 lagi.
Cume berkurang la.
Kalau sebelum ni muntah je confirm takde tenaga dah pastu.
Sekarang da ok sket. cuma kene berehat la pastu. Sebab perut da rasa tak selesa kan.

Kata orang bila kita mengandung baru kita tahu macam mana rasa emak mengandungkan kita dulu.
Betullah tu. Banyak yang saya belajar sepanjang pregnancy sickness.
Kalau masa sebelum mengandung kita bebas nak makan apaaaaaaaaaaaaaaa sahaja.
Haaaaaaaaaaaa masa mengandung kau jangan harap la kan.
Penjagaan pemakanan sangatlah penting.

Antara yang saya tak boleh makan :
- makanan yang masam
- makanan yang berminyak
- milk-based food
- makanan yang pedas
- makanan yang tawar/pahit
- makanan  yang ada perisa tambahan

Haaa banyak kan. Semua makanan tu kalau makan sure muntah atau perut meragam atau sakit.
Sudahnya lepakk.

Even air masak pun saya tak boleh nak telan.
Air manis je yang bole lalu kat tekak ni.
Harap2 takde la kene kencing manis nanti.
Setakat hari ni da 2 kali kene masuk air sebab badan terlalu lemah.
MC pun dua kali. sekali tu dapat MC seminggu, hehe
Pergi klinik toksah cakap tah berapa kali tah.
Series tak mudah mengandung ni.
Time2 ni la kita appreciate time kite sehat bole makan apa sahaja dulu.

Harap2 lepas ni ok la badan ni.
Tadi pergi check up Hb ok 12.8. Berat je xcukup naik lagi 200g lagi.
Untuk pengetahuan Hb kene 11 ke atas. Dan berat kene naik 500g setiap bulan.

Target lepas ni saya kene makan buah dan sayur2ran banyak2.
Cuba untuk minum air masak banyak2 lepas ni.
Dan makan banyak2.

Bile da betul2 ok akan mula buat review balik sikit2 lepas ni.

Ok semua cheers :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...