Followers

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 28, 2012

Till we meet again Kuala Lumpur tata~


Harini hari terakhir saya di kuala lumpur.
Malam ni saya akan meninggalkan kl dan menetap di perak. Mungkin untuk selamanya.
Perasan bercampur baur.
Gembira sebab Allah makbulkan doa saya nak duduk di kampung. Jauh dari sesak Kuala Lumpur. Walaupun impian sebenar ialah kampung halaman di johor. 
Dari kecil tinggal di johor dan dah 9thn duduk di kl. Melangkah kenegeri baru sesuatu yang buat saya sayu dan sedih.
Mak abah mungkin lagi sedih anak dia lagi jauh. Dalam hati, saya janji cuti sekolah saya akan balik Johor spend time dgn mereka supaya mereka x sedih sgt. 

Saya akan tinggalkan negeri yg ajar saya erti kehidupan, erti kawan, erti ksih sayang...erti macam2.
Kat sinilah saya belajar tentang hakikat sebenar sebuah keluarga, kat sinilah semua kawan2 saya ada, kat sinilah 2ijazah saya terkumpul, kat sinilah saya belajar erti mecari rezeki yg sebenar, kat sinilah saya jumpa mcm2 orang, kat sinilah saya menimba pengalaman dan menjadikan siapa saya sekarang, kat sinilah saya jumpa sahabat, teman dan kekasih hidup saya sekarang, kat sinilah sikecil dlm perut ni 9bulan dikendong. Kat sinilah saya belajar menilai kehidupan yag sebenar sehingga saya decide untuk hidup di kampung.

Masa sampai di kl 9tahun dulu..saya hanya seorang yg xtahu apa2 dan tiada perasaan apa2. 
Hari ini....saya masih tiada apa2 tapi saya punya pengalaman yang adiwarna.
Mungkin terlalu melodrama tapi sungguh saya sangat sayu.
Apa kabarla duduk di negeri orang. Jauh dari keluarga. Walau family mertua ada.
Tapi xsama family sendiri. Saya tetap rindukan mereka.

Setahun di 2012 macam2 yg berlaku dalam hidup saya.
Saya mulakan bisnes kawaiishop dgn encik tunang awal thn ni.
Berkahwin bulan mac.
Pregnant bulan 5.
Duduk serumah dgn husband bulan 7. 
Husband dpat kerja baru bulan December. 
Dan minggu ni genap si kecil ni 36 minggu @ 9bulan. Tahun ni jugak bisnes semakin baik.
Tahun hadapan kami di rumah baru. Husband ada kerja baru. 
Saya juga ada rutin baru-housewife. Di negeri baru. Dan lahir orang baru.
Syukur ya allah alhamdulillah. Rezekimu selautan xterkira.
Tahun depan kehiduan mungkin akan lebih mencabar untuk kami.
Saya akan handle bisnes fulltime dan menjaga baby dan family sepenuh masa. 
Husband kerjanya juga mencabar as a teacher untuk budak pendidikan khas.
Saya harap kami tabah dan sentiasa bersama walau susah dan senang. Amin....

Pregnancy di 36minggu :
Perut semakin berat dn besar
Semakin susah nak bangun bila dah duduk.
Jalan dah macam makcik dah
Berat dah naik 13.7kg
Hb mkin turun 9.8 huhu
Dah cuba makan iron. But still muntah. :(
Baby makin aktif
Saya dah start buat urutan perineum guna VCO Tanamera.
Perut makin keras.
Jalan pun makin sakit kt bahagian kelengkang.
Tak boleh jalan cepat2 dah. Slow je. Mengah.
Malam tadi start rasa sakit tulang belakang. Sakitnya tuhan je yg tau. Cramp semacam xboleh nak gerak. Orang kate sebab baby dah mula engage. gulp..
Saya dh rasa kosong sedikat kt bhgn atas perut. Baby ku dah turun sikit. Waaa
Saya semakin panic.
Baby jgn keluar lagi tau. kite deliver kt perak ye.
Permudahkan semua urusan kami ya allah.



Inilah rumah pertama kami as a husband and wife. 6bulan je duduk sini. Tata rumah~ sedih plak rasa.
Kosong sudah.


Thursday, December 13, 2012

Review : Mini Sewing Machine

Salam,

Hari ni nak review Mi Sewing Machine yang dibeli sebelum ni.
Refer post yang ni

Mesin ni dah lama dah sampai. Agak lewat dari tarikh yang sepatutnya lah. But as long as sampai ok la kan. Beli masa promo kat MilkADeal. RM69 sahaja.

Nama pun mini kan. So memang la comel je. But ok la so far. boleh menjahit. Function die simple je. Basic sangat. Takde reverse function. Takde jenis2 mata jahitan. Just tekan machine n jahit biasa je.

Dalam tu die bagi :

Mesin jahit
Foot pedal
4 Bobbin
1 Jarum
Alat untuk tarik benang (Apetah nama dia)

Saya dah guna sket hari tu untuk jahit nursing cover. So far ok.
Cume bunyi die bising sikit.
Boleh guna pedal kaki or guna tangan. Ade button tuk guna tangan.
Saya prefer guna tangan senang nak control. Pedal kaki macam leceh je.
Sementara nak ada duit beli yg besar pakai yang ni dulu ye cik. hihi

Owh ye hari tu ade problem xtau nak naikkan benang bawah ke atas. Sebab mesin ni lain sikit. So jenuh la pusing2 baca manual camne nak naikkan benang bawah ke atas. So kerja menjahit tergendala seketika.

Then baru teringat nak search kat Youtube. Then jumpela video ni  :



Video ni sangat membantu. Ade step by step pasang benang atas and bawah. And macam mana nak guna.





Kene guna 4 bateri AA ye.

Membasuh baju baby :)

Sabtu lepas sesi membasuh baju si kecil..

Mencuci dan memerah keje husband.

Saya cuma sidai dan lipat je.

Tak pakai detergent pun sebab detergent kat kampung.

So nurse kate pakai air panas je. Bilas gitu2 je.

Yang kecewanya..ade beberapa romper Carter yang turun color. So adela bebrapa helai baju yang effect terkena. Sedih. Baju Pureen ku uwaaaa!

So pasni jangan basuh romper and baju Pureen skali ye. Asingkan!





Ni romper yang turun color.

Mitten booties n breast pad.




Tuesday, December 11, 2012

2 things make me happy today :)

Salam semua,


Hari ini saya gembira.

Pertama :

Keputusan permohonan suami saya untuk menjadi cikgu j-Qaf telah diterima.
Akan ditempatkan di Perak. Jadi orang Perak la kami yopp! hehe.
Seronok tengok die happy hari ni.
Impian kami nak duduk kampung jauh dari kesibukan KL.
Kos hidup yang mahal di KL. Alhamdulillah dimakbulkan.
Kami nak beli tanah customized rumah sendiri. Tak share dinding, bumbung dan lantai.
Ada tanah nak bercucuk tanam.
Boleh sidai baju di luar rumah.
Kalau kat KL nan hado nak dapat semua ni.
Boleh memang boleh tapi price die $$$$$$$.
Kalau di kampung masih murah lagi.
Lagi pun apa nak dikejarkan kat KL ni.
Memang semua benda ada. Tapi ketenangan tu agak kurang.
Saya rasa lagi tenang di kampung.
Cuti sekloah boleh ku balik Johor. Yeay!
2minggu husband akan berkursus di IPG Cheras.
Dah kene start kemas sikit2 nak pindah Perak ni. Macam tak caya pun ada.

Amin Alhamdulillah Ya Allah!


Kedua :

Semalam husband belikan ini.

Siap wrap lagi ok.

Tadaaaaa.. Ini adalah idaman. Walaupun bukan 25s. Tapi dapat Fujifilm Instax 7s tanpa mengeluarkan duit sendiri pun dah ok. Mengalir air mata semalam.

Tapi bila tanya beli kat mana? Berapa? sume die kate "beli tepi jalan". Malas nak tanya lagi.
Dulu mase surver kalau 7s RM170. Kalau 25s RM340 xsilap. Harga kat Digital Mall la paling murah saya tengok. Online sume mahal. SO simpan niat dalam hati kalau cukup duit nanti nak beli.

Alih2 semalam husband dah belikan. (Selamat duit aku)





1st captured pict by hubby, Muka happy+terharu.


Plannya saya nak buat journal untuk si kecil dalam perut ni. So nak gambar yg segera print. Setiap detik die membesar saya nak letak dalam journal tu. Buku dah beli. Sebab belum ada duit nak beli camera ni so tersimpan macam tu je lah buku tu. Gambar sume dlm soft copy ambil guna tab. So husband dah belikan camera ni. Boleh la start. Kene print gambar yg dalam tab dulu. Hihi. Excited!


Tanx hubby!!






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...