Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 30, 2011

Selamat Datang Tahun Baru

Esok hari terakhir tahun baru.
Esok saya akan pulang ke kampung halaman.
Tahun baru akan disambut di kampung.
Tahun depan tahun yang akan memberi makna dalam hidup saya InsyaAllah.
Quarter pertama tahun depan InsyaAllah saya akan melangkah ke alam baru.
Menjadi isteri kepada seseorang,
Menjadi menantu baru kepada keluarga baru
Akan ada mama baru, abah baru, kakak baru, adik-adik baru
Entah macam mana la nanti tak dapat difikirkan lagi
Akan ada ketua dalam hidup,
Semua yang akan dilalukan akan melepasi restu dari dia.
Akan bertambah 1 lagi tanggungjawab hidup.
Kali ni tanggungjawab yang lagi penting
Redhanya Allah ada pada redha nya dia pada hidup saya
Semakin melangkah ke tahun baru semakin dekat saya dengan alam baru itu.
Nervous takut panic itu adalah normal untuk orang bernama saya.
Tapi tetap excited!
Untuk menjadi isteri dan mempunyai suami.

Selamat Tahun Baru,
Semoga segalanya berjalan lancar Ya Allah.
Amin

Thursday, December 29, 2011

I'm a Johor B2B



Ambil dari sini
All b2b sila copy dari die ye.
Good things is color for Johor b2b ialah biru. My theme color.
Like Like Like

Wednesday, December 28, 2011

3 Months to go..

3 Months to go..

Panicnyaa..banyak benda tak settle lagi.  hurm hurm hurm..

Terima kaseh pada rakan2 lab yang sangat banyak membantu. Moga rezeki yang melimpah ruah untuk kalian semua.

Owh ye tadi future MIL bagi hadiah dari Mekah sejadah, beg dan kain untuk buat baju. Yang bestnye die bagi kain color fav saya biru. Bile tanya mana tau saya suka warna biru. Die cakap tengok dari samping yang saya bagi masa tunang hari tu. Terharunya..
Nak message cakap terima kaseh pun malu.
Macam mana la nanti kalau dah jadi family. Tak dapat bayangkan.
B2B lain macam mane ye ada mertua ni? Panic tak?

Saturday, December 24, 2011

Wedding cake

Salah satu isi dulang hantaran saya nanti nak letak cupcakes. Majlis bulan 3 so tak tempah lagi la. Tapi saya dah survey2 cupcakes yang saya nak. Just order kat my fren punya cousin. Die memang buat bisnes amik order cakes for wedding or any occasion ni. Actually saya nak letak cake Secret Recipe yang sedap giler tu but since my future in law ni tak makan Secret Recipe so saya kene pasrah je la order any cake yg cantik tak kesahla sedap ke tak.

Cake yang cantik bagi saya ialah kek yang ada bunga haha. So ni design cupcakes dari CookieClover yang saya berkenan. Nak design sendiri tak pandai. Amik je design yang dah ada.


Design 1:


Design 2 :


Design 3 :



Antara 3 design tu 2 akan di pilih untuk hantaran 2 belah. Cuma nanti tukar color je ikut tema biru putih saya tu. 3-3 pun cantik tak tahu nak pilih yang mana.

Harga cupcakes CookieClover tu RM85 for 16pcs Butter cupcake + window box.
Just search je CookieClover kat FB.

For wedding cake pulak (actly saya tak rase perlu) tapi since my friend nak sponsor saya dengan berbesar hati menerimanya hehe. Mungkin buang 1 cupcake tukar dengan kek. Boleh jimat hehe.

So kalau wedding cake saya mahu yang ini. Exactly yang ini. Tengok design ni kat magazine pengantin. Terus berkenan dan CookieClover ada design yang sama jugak so stick tu yang ini :


Cantik tak ?

Saya suka kek ada kerawang2 tu. Terasa macam lace plak. Nanti saya nak request kerawag tu penuh satu kek. Dan bunga yang menjalar tu yang saya paling suka. Cuma nanti kek saya tu 1 tier je la. 3 tier nak buat ape plak kan.

Terima Kasih labmate ku. Jasamu dikenang.

Tata~

Thursday, December 22, 2011

Kasut wedding impian ku

Sempena birthday sitinurs, dia ada buat 1 satu giveaway iaitu kasut ini :






Cara nak dapat kasut ni adalah dengan  :


1. B2B yang mempunyai Blog khusus menceritakan perjalanan/preparation weddingnya.
2. Buat Entry yang menceritakan "kasut wedding impian anda"
3. Letak banner dengan 1 gambar, Salah satu baju Kebaya wedding By Sitti Nurs yang anda sukai, dan link kan dengan website : www.rumahkebaya.com.my. 
4. Follow dan Link blog Sitti Nurs untuk memudahkan saya mengupdatesnya :)
5. Pemenang akan diumumkan pada tarikh 31 Januari 2012.
6. Hadiah boleh di ambil sendiri ke gallery Rumah Kebaya Malaysia (RKM) atau boleh juga kami pos kan.



Actually tak pandai nak masuk contest ni. Tapi saya cuma ada satu je kasut idaman. Saya hanya suka kasut warna putih. On my wedding nanti saya hanya mahu pakai kasut warnan putih. Kasut di hantaran juga putih. Putih putih dan putih. Saya tak tahu kenapa in terms of kasut saya memang nak warna putih.


Ini kasut idaman saya :



Source : Reene Meow blog


Kasut idaman saya yang belah kanan tu. So simple elegant n sweet. Sangat match dengan dress nikah saya which the material is bridal satin. Saya cuma nak yang ini dan ini satu2nya. Saya kalau suka sesuatu benda, tu je lah stick on it tak nak yang lain. Hari-hari tengok kasut ni tapi tak tahu mana nak beli. Huuu. And i know it's expensive. :(





By SitiNurs Rumah Kebaya : http://www.rumahkebaya.com.my/

This is one of RMK designed by Siti Nurs. I love it! 
Saya suka because it's white! Look very elegant. Veil itu sangat match. Ah i love lace and white!


Tata~

Wednesday, December 21, 2011

Review : Official Photographer


Seriously perkara yang paling lama dan susah untuk saya buat keputusan ialah memilih OP.  Dan inilah benda pertama yang saya book. Saya nak yang murah ( pengantin budget lah kate kan) tapi saya nak yang kualiti jugak. Tapi untuk gambar yang cantik kene la spend duit sikit kan..

Dalam kepala saya cuma ada 2 : kerjagilasimoll or FotoByRazali

Saya melihat seseorang photographer pada nilai artistic nya. Photographer itu mesti pandai ambil :

1)Moments
- gambar moments seperti menangis, ketawa, muka cuak, betulkan kasut, bersiap, peluk mak ayah, borak dengan kawan, cium tangan.. itu adalah moment  penting yang kadang2 pg (short for photographer) ter miss.

2) Angle
Ada photographer just ambil gambar sahaja. Tak pandai cari angle2 yang menarik dan unik. Yang tersembunyi sikit.

3) Gambar pengantin
- Yang ni of course la kan  kate wedding photographer. Gambar common macam kasut, banner, di pelamin, hantaran, semua posing dan ape2 lah yang berkaitan wedding memang wajib ada.

Dan yang ini yang paling penting

4) Artistic
- Yang ini susah sikit nak jumpe pada semua pg. Sorry bab2 gambar saya memang cerewet sikit. Saya tak pernah puas hati bila orang ambil gambar saya sebab tak sama macam saya ambil gambar. Pada saya bila ambil gambar kita bukan sekadar ambil gambar sahaja, mesti ada nilai seni. Saya melihat sesuatu gambar sebagai art. Berbalik pada artistic tadi, maksud saya art ialah something yang bukan pada pengantin, dia adalah kejadian kebetulan yang lain padang lain belalangnya (faham x maksud saya?).Bukan something yang dibuat-buat tapi perkara unik kebetulan yang berlaku dan pg aware untuk shoot.  Benda ni tak semua pg aware kerana mereka lebih focus pada event dan pengantin masa wedding on that day itself. Biasanya pg yang ambil gambar2 macam ni, dalam diri die memang dah ada nilai artistic tu. Die melihat sesuatu in a slow motion mood. Ia adalah combination nilai artistic semulajadi dan skill photography. Artistic tapi tak pandai skill pun tak guna juga. Ada skill tapi tak ada artistic value pun tak jadi. Kedua2 value ni sangat penting.
Ok yang sebenarnye saya nak bagitau saya suka orang artistic.

Dan nak jumpe semua ciri2 ni ada pada 1 pg memang susah. Semua ada pro and cons. 

Dalam banyak2 yang saya survey 2 pg tadi memang ada. Tu yang saya susah nk buat pilihan dua dua pun saya suka. Cuma bezanya Mol picture die agak vintage sikit. Razali pic dia terang, clear dan bright (sama lah kan semua ni). Tapi actly dua-dua pun bole di request. Razali pun bole buat vintage sebab ada beberapa pic dia vintage. Dan vintage2 ni bole di edit. Gambar terang bole request jugak just mintak jangan edit gloomy sangat. 

Hari pertama dapat tarikh saya memang makin confius. Saya kena decide pg dengan segera untuk booking. Harga pun lebey kurang sama. Kualiti? Saya berat pada kedua2nya. Saya tanya pendapat labmate sorang berat pada Mol sorang berat pada Razali.

So saya emel dua-dua. Dan sayangnya Mol sudah di book pada Mac tahun depan. Jadi dengan pantas saya book Razali. Thanks Razali kerana sudi menjadi my OP nanti. Saya harap anda tidak mengecewakan saya.

Lepas ni tak boleh tengok pic Mol lagi. Kene tengok pic Razali je nak sedapkan hati. haha. Tapi seriously Razali ambil gambar memang cun dan teliti. Saya suka. Bakkal je saya takde camera kalau tak saya mesti dah jadi photographer jugak sekarang. I know i can be a good photographer InsyaAllah. Tulah sape suruh salah amik course..kan da. haha ;p

Ok ni artistic value yang saya maksudkan yang ada pada Razali..







This is the best picture. I like it much.



Yang ini sangat chantek ok!









Ok yang ni buat. Saya suka sebab saya suka ambil gambar macam ni.




Ini juga buat, tapi nice and creative.

Ini juga buat and nice.










Sorry Razali saya pinjam pic ye.

p/s: ni puji lebey2 ni saya tak dapat apa2 tau.

Tata~

Tuesday, December 20, 2011

Tarikh kawen

Alhamdulillah kami dah ada tarikh kawen. Baru Confirmkn semalam. Yeay!!
Majlis nikah kami 31-03-2012.
Majlis kami nanti simple sahaja. Kami hanya ada event nikah sahaja. Tiada majlis bersanding. Lepas nikah terus makan beradap dan kenduri.

Atas permintaan encik tunang tak nak ada bersanding. Dan saya pun actually tak faham sangat konsep bersanding tu. Lelaki datang jalan sama2 dan duduk atas pelamin. Lepas tu tepung tawar dan makan beradap then habis.

So actually nak melambangkan apa ye? Saya tak nampak apa significantnya bersanding tu.. Sorry ini hanya pendapat saya. Jangan ambil hati sesiapa yang ada majlis bersanding. Sebenarnya ia bergantung pada macam mana kita melihat perkahwinan itu sendiri. Saya melihat perkahwinan mengikut mata hati saya dan selagi ia tidak bercanggah dan mengikut syariat Islam ok lah kan.

Saya memandang berat pada event akad nikah itu sendiri. Itulah saatnya saya bertukar status dari single kepada isteri orang. Segala preparation hanya untuk saat itu. Baju cantik pun untuk saat itu.
Kalau kate nak duduk atas pelamin dan bergambar, untuk majlis nikah nanti pun akan ada pelamin dan kami akan duduk atas pelamin dan bergambar.
Kalau kate makan beradap, kami juga akan ada makan beradap selepas nikah nanti.
So ape yang tak ada pada majlis bersanding orang pada majlis nikah kami. Sumua kami ada nanti. Bezanya kami tak perlu 2 baju dan 2 event yang berbeza. Semuanya pada 1 event iaitu Majlis Pernikahan.
Pada kad kami nanti akan ditulis Majlis Pernikahan.

Bila confirm tarikh perkara pertama saya buat ialah book OP. Iaitu perkara yang paling susah nak buat keputusan. Nanti saya sambung next entry pasal OP ni.

Nak lipat baju ni.

Tata~

Monday, December 19, 2011

DIY : fabric flower

Hasil tuaian hari ini.



I'm gonna make 100 of this. Sehari target buat 20. So lima hari siap la.
Tutorial fabric flower ni bole tengok kat blog Intan Norazam ye. Follow die je. Saiz yang saya guna nak buat bunga tu 8x2 inci.


Material fabric tu chiffon beli kat jakel. 1 meter RM6++. Tak ingat brape posen2 die tu. Saya suggest jangan beli chiffon yg jenis berbulu2 sangat tu. Susah nak jahit n kembang die pun tak cantik. Chiffon polos ke ape name die. Yang lembut gile tu. Cari chiffon yang agak kasar sikit surface die tu. Gojet kot tak silap name die. Yang tu sedap sikit nk jahit. Kembang pun cantik dan tak berbulu sangat.

Lagi 1 tips da gunting kain jangan tunggu lama2 baru nak jahit. Terus je jahit. Untuk mengelakkan kain berbulu. Kalau tak nak jahit lagi jangan gunting dulu. Kalau tak dok bawak ke hulu hilir berbulu la kain tu.


Tata~

Ilham baju nikah

Ilham baju nikah ku adalah combination of baju-baju di bawah ini. Ia akan dipenuhi oleh bunga2 kerana saya sangat sukaka bunga..



Untuk bahagian bawah baju.
Source : beeadmeplease

Bahagian atas baju.
Soure : beadmeplease

Details of the flower and beading. Ana Dahlia's veil
Source : Google.

Ana Dahlia lagi. Saya sangat sukakan baju die.
So boleh bayangkan tak baju saya nanti. Akan lebey kurang macam tu la. Tapi version saya sendiri. Mudah2an diberi kekuatan untuk menjahit semua ni. Amin

Mencari keberkatan dalam majlis perkahwinan

Dari : http://www.ukhwah.com/

"Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. Kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :


• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.


Maka disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.


Sebaiknya laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.


Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah."

Sunday, December 18, 2011

Official photographer

Daku di dalam dilema. Nak ambil Razali or Kerjagilasimol as my OP.
Simol murah 1K for shoot edit n burn tapi die jauh di KL.
Razali 1.6k for shoot edit n burn dan die di Johor.
So kalau hire SiMol lebey kurang Razali jugak la kalau tambah kos transpportation.
Saya sangat suka Razali punya gambar. Clear dan terang dan chantik.
SiMol gambar die agak vintage sikit. Tapi blogger ramai kata die ok sebab die banyak capture moment. Itu yang best. Razali saya xsure sangat.

Meh dengar ape kate beberapa blogger..

Intan hire die as OP

Kina pulak OP dia ialah Razali as die menang contest.

Ini review Kina tentang Razali


Ni yang sokong SiMol.


Ah pening nye.. Razali ke Si Mol..

Ok malam ni kene decide jugak..

DIY : bunga pahar

Tada.. inilah bunga pahar buatan saya yang tak seberapa. Ambil masa dalam 2 minggu untuk siapkan 100 batang. Buat guna bunga tisu. Kos tak banyak sangat. Rasenye dalam RM50 je. Saya buat 50 putih 50 biru.



Close up sikit.



Ini yang belum dikembangkan bunganya. Lepas dah buat dalam 30 batang baru realize yang nak maintain bunga tisu agak susah sikit. Yela tisukan. Sifat tisu ni mudah kemek sebab die lembik. So bila da kembangkan bunga tisu tu tak bole letak kat lantai lama-lama. Sebab die akan penyek dan jadi tak kembang. So saya kene letak dalam pasu nak bagi die mantain kembang. Tapi saya letak dalam botol air mineral je la. Tak kuasa la pulak nak beli pasu banyak2. Lepas tu bile pikir2 balik kalau nak bawak balik kampung ni payah jugak nak letak dalam kereta. Sebab die makan space. So lepas tu baru saya decide tuk tak kembangkan bunga yang selebihnya tu. Kat kampung nanti baru kembangkan. So senang la nak bawak balik nanti.




Ini bahan2 tuk buat bunga pahar ni.

Tisu warna biru beli kat ikea RM11.50 dapat 50 keping. 1 keping bole dapat 3 bunga. So 1 bungkus bole dapat 150 bunga.

Tisu putih tu beli kat kedai 1Malaysia RM0.80. 1 bungkus dapat 20 bunga. So untuk 50 bunga perlu dalam 3 bungkus je.

Kain net beli kat Kedai Reben kat Jalan Tar. 1 meter RM2.50 tapi dapat diskaun RM2. Untuk 50 bunga perlu dalam 1 meter 1/2.

Reben beli kat Semua House RM0.45 satu. Saya beli 10 untuk 100bunga pahar tu 5 biru 5 putih so total RM4.50.

Plaster gam tu RM1. Perlu dalam 3 je.

Lidi beli kat Semua House 1 pack ada 145 harga diA Rm2.40 kalo tak silap.

Dawai putih beli kat Semua House jugak. 1 pack ada 50. Saya potong 2 dapat 100. Harga lupa berapa. Tapi  rasa dalam seringgit lebey je.

Silver ties takde dalam gambar lupe nak masukkan. Guna untuk ikat net dan reben. Beli kat semua house jugak . 1 pack ada 500 RM1.50



Cara dia sama macam yang Kina buat. Potong bulat tisu. Lepas tu stapler dan masukkan dawai putih. Kemudian renyuk2kan layer by layer (ada 12 layer).






Ini gambar setelah direnyukan.

Buat banyak2 macam ni
Lepas da renyukkan. Potong reben dan net ( bentuk 4 segi agak2 muat nak masuk telur). Lepas tu belit semua tu pada lidi guna selotep gam tu. Dah siap!

Bunga yang sama juga saya akan letak di hantaran dan pelamin. Bunga2 tu dah siap semua tinggal untuk dikembangkan sahaja.


Ini bunaga tisu yang dah selamat dikembangkan. Kene jaga elok2 supaya tak kemek. 




Selamat mencuba ye.


Tata~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...