Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 28, 2012

Till we meet again Kuala Lumpur tata~


Harini hari terakhir saya di kuala lumpur.
Malam ni saya akan meninggalkan kl dan menetap di perak. Mungkin untuk selamanya.
Perasan bercampur baur.
Gembira sebab Allah makbulkan doa saya nak duduk di kampung. Jauh dari sesak Kuala Lumpur. Walaupun impian sebenar ialah kampung halaman di johor. 
Dari kecil tinggal di johor dan dah 9thn duduk di kl. Melangkah kenegeri baru sesuatu yang buat saya sayu dan sedih.
Mak abah mungkin lagi sedih anak dia lagi jauh. Dalam hati, saya janji cuti sekolah saya akan balik Johor spend time dgn mereka supaya mereka x sedih sgt. 

Saya akan tinggalkan negeri yg ajar saya erti kehidupan, erti kawan, erti ksih sayang...erti macam2.
Kat sinilah saya belajar tentang hakikat sebenar sebuah keluarga, kat sinilah semua kawan2 saya ada, kat sinilah 2ijazah saya terkumpul, kat sinilah saya belajar erti mecari rezeki yg sebenar, kat sinilah saya jumpa mcm2 orang, kat sinilah saya menimba pengalaman dan menjadikan siapa saya sekarang, kat sinilah saya jumpa sahabat, teman dan kekasih hidup saya sekarang, kat sinilah sikecil dlm perut ni 9bulan dikendong. Kat sinilah saya belajar menilai kehidupan yag sebenar sehingga saya decide untuk hidup di kampung.

Masa sampai di kl 9tahun dulu..saya hanya seorang yg xtahu apa2 dan tiada perasaan apa2. 
Hari ini....saya masih tiada apa2 tapi saya punya pengalaman yang adiwarna.
Mungkin terlalu melodrama tapi sungguh saya sangat sayu.
Apa kabarla duduk di negeri orang. Jauh dari keluarga. Walau family mertua ada.
Tapi xsama family sendiri. Saya tetap rindukan mereka.

Setahun di 2012 macam2 yg berlaku dalam hidup saya.
Saya mulakan bisnes kawaiishop dgn encik tunang awal thn ni.
Berkahwin bulan mac.
Pregnant bulan 5.
Duduk serumah dgn husband bulan 7. 
Husband dpat kerja baru bulan December. 
Dan minggu ni genap si kecil ni 36 minggu @ 9bulan. Tahun ni jugak bisnes semakin baik.
Tahun hadapan kami di rumah baru. Husband ada kerja baru. 
Saya juga ada rutin baru-housewife. Di negeri baru. Dan lahir orang baru.
Syukur ya allah alhamdulillah. Rezekimu selautan xterkira.
Tahun depan kehiduan mungkin akan lebih mencabar untuk kami.
Saya akan handle bisnes fulltime dan menjaga baby dan family sepenuh masa. 
Husband kerjanya juga mencabar as a teacher untuk budak pendidikan khas.
Saya harap kami tabah dan sentiasa bersama walau susah dan senang. Amin....

Pregnancy di 36minggu :
Perut semakin berat dn besar
Semakin susah nak bangun bila dah duduk.
Jalan dah macam makcik dah
Berat dah naik 13.7kg
Hb mkin turun 9.8 huhu
Dah cuba makan iron. But still muntah. :(
Baby makin aktif
Saya dah start buat urutan perineum guna VCO Tanamera.
Perut makin keras.
Jalan pun makin sakit kt bahagian kelengkang.
Tak boleh jalan cepat2 dah. Slow je. Mengah.
Malam tadi start rasa sakit tulang belakang. Sakitnya tuhan je yg tau. Cramp semacam xboleh nak gerak. Orang kate sebab baby dah mula engage. gulp..
Saya dh rasa kosong sedikat kt bhgn atas perut. Baby ku dah turun sikit. Waaa
Saya semakin panic.
Baby jgn keluar lagi tau. kite deliver kt perak ye.
Permudahkan semua urusan kami ya allah.



Inilah rumah pertama kami as a husband and wife. 6bulan je duduk sini. Tata rumah~ sedih plak rasa.
Kosong sudah.


Thursday, December 13, 2012

Review : Mini Sewing Machine

Salam,

Hari ni nak review Mi Sewing Machine yang dibeli sebelum ni.
Refer post yang ni

Mesin ni dah lama dah sampai. Agak lewat dari tarikh yang sepatutnya lah. But as long as sampai ok la kan. Beli masa promo kat MilkADeal. RM69 sahaja.

Nama pun mini kan. So memang la comel je. But ok la so far. boleh menjahit. Function die simple je. Basic sangat. Takde reverse function. Takde jenis2 mata jahitan. Just tekan machine n jahit biasa je.

Dalam tu die bagi :

Mesin jahit
Foot pedal
4 Bobbin
1 Jarum
Alat untuk tarik benang (Apetah nama dia)

Saya dah guna sket hari tu untuk jahit nursing cover. So far ok.
Cume bunyi die bising sikit.
Boleh guna pedal kaki or guna tangan. Ade button tuk guna tangan.
Saya prefer guna tangan senang nak control. Pedal kaki macam leceh je.
Sementara nak ada duit beli yg besar pakai yang ni dulu ye cik. hihi

Owh ye hari tu ade problem xtau nak naikkan benang bawah ke atas. Sebab mesin ni lain sikit. So jenuh la pusing2 baca manual camne nak naikkan benang bawah ke atas. So kerja menjahit tergendala seketika.

Then baru teringat nak search kat Youtube. Then jumpela video ni  :



Video ni sangat membantu. Ade step by step pasang benang atas and bawah. And macam mana nak guna.





Kene guna 4 bateri AA ye.

Membasuh baju baby :)

Sabtu lepas sesi membasuh baju si kecil..

Mencuci dan memerah keje husband.

Saya cuma sidai dan lipat je.

Tak pakai detergent pun sebab detergent kat kampung.

So nurse kate pakai air panas je. Bilas gitu2 je.

Yang kecewanya..ade beberapa romper Carter yang turun color. So adela bebrapa helai baju yang effect terkena. Sedih. Baju Pureen ku uwaaaa!

So pasni jangan basuh romper and baju Pureen skali ye. Asingkan!





Ni romper yang turun color.

Mitten booties n breast pad.




Tuesday, December 11, 2012

2 things make me happy today :)

Salam semua,


Hari ini saya gembira.

Pertama :

Keputusan permohonan suami saya untuk menjadi cikgu j-Qaf telah diterima.
Akan ditempatkan di Perak. Jadi orang Perak la kami yopp! hehe.
Seronok tengok die happy hari ni.
Impian kami nak duduk kampung jauh dari kesibukan KL.
Kos hidup yang mahal di KL. Alhamdulillah dimakbulkan.
Kami nak beli tanah customized rumah sendiri. Tak share dinding, bumbung dan lantai.
Ada tanah nak bercucuk tanam.
Boleh sidai baju di luar rumah.
Kalau kat KL nan hado nak dapat semua ni.
Boleh memang boleh tapi price die $$$$$$$.
Kalau di kampung masih murah lagi.
Lagi pun apa nak dikejarkan kat KL ni.
Memang semua benda ada. Tapi ketenangan tu agak kurang.
Saya rasa lagi tenang di kampung.
Cuti sekloah boleh ku balik Johor. Yeay!
2minggu husband akan berkursus di IPG Cheras.
Dah kene start kemas sikit2 nak pindah Perak ni. Macam tak caya pun ada.

Amin Alhamdulillah Ya Allah!


Kedua :

Semalam husband belikan ini.

Siap wrap lagi ok.

Tadaaaaa.. Ini adalah idaman. Walaupun bukan 25s. Tapi dapat Fujifilm Instax 7s tanpa mengeluarkan duit sendiri pun dah ok. Mengalir air mata semalam.

Tapi bila tanya beli kat mana? Berapa? sume die kate "beli tepi jalan". Malas nak tanya lagi.
Dulu mase surver kalau 7s RM170. Kalau 25s RM340 xsilap. Harga kat Digital Mall la paling murah saya tengok. Online sume mahal. SO simpan niat dalam hati kalau cukup duit nanti nak beli.

Alih2 semalam husband dah belikan. (Selamat duit aku)





1st captured pict by hubby, Muka happy+terharu.


Plannya saya nak buat journal untuk si kecil dalam perut ni. So nak gambar yg segera print. Setiap detik die membesar saya nak letak dalam journal tu. Buku dah beli. Sebab belum ada duit nak beli camera ni so tersimpan macam tu je lah buku tu. Gambar sume dlm soft copy ambil guna tab. So husband dah belikan camera ni. Boleh la start. Kene print gambar yg dalam tab dulu. Hihi. Excited!


Tanx hubby!!






































Thursday, November 29, 2012

Tutorial : Chiffon pearl flower

Oraits!! seperti yang dijanjikan. Sebab ramai request..so here's the tutorial of this 3D flower :



Bunga yang saya letak kat baju nikah hari tu..




1. 1st potong kain chiffon bentuk empat segi tepat.
Ukuran yang saya selalu guna 1.5inch x 7.5 inch.
Saya ni ukuran yang paling sesuai untuk dpt bunga yang size die xbesar xkecik. Just nice.
Kalau nak bunga besar lagi just besarkan ukuran tu.
Kalau nak kecik lagi just kecilkan lebar je. Panjang 7.5inch tu jgn diubah. Sebab kalau pendek nanti bunga ni akan jadi melengkung.

Gambar ni terlupa nak rotate. Lebar 1.5inch. Panjang 7.5inch

2. Lepastu lipat 2 kain tu. Dan kita akan jahit bahagian yang bertemu tu. Yang bahagian 1.5 inch tepi tu.


Macam ni.

Close up sikit.


Jahit sampai hujung ye. Saya guna jahitan kia. Kalau nak lagi cepat dan kukuh jahitla pakai mesin jahit.



3. Lepas dah jahit tu. Terbalikkan kain tu. So bahagian jahit tadi akan jadi bahagian dalam.

Tak berapa kemas sangat. Kalau pakai mesin lagi kemas. Tapi xpe..xnampak pun nanti,

4. Lepas tu, lipat dua kain tu macam dlam gambar. Kire bahagian yang 1.5inch tu dilipat kedala. So die akan jadi lagi pendek. Sebab kain Chiffon tu lembut so kene pin la keliling die. Nanti kang lari2 plak kain tu.


 5. Lepas tu jahit jelujur keliling kain kat bahagian hujung yang bertemu tu. Janagn matikan benang lagi ye. Jelujur tu lagi rapat lagi cantik nanti. Lagi rapat jelujur lagi berkedut bunga lagi cantik (in my point of view lah)


6. Ok lepas dah jahit jelujur then tarik benang yang belum dimatikan tu macam dalam gambar

Ni hasil dah habis tarik benang. Bahagian belakang.


Ni bahagian depan. Dah siap tarik barulah matikan benang tu.



7. Step seterusnya ialah jahit pearl kat bahagian depan bunga. Masukkan benang dari bawah. Then masukkan pearl. Then cucuk jarum ke bawah balik. Ulang2 sampai 3x agak kukuh then matikan kat bahagian bawah bunga.

Close up sikit.
 8. Ok siap!!






Bunga ni kalau malas jahit saya ada jual. Boleh tengok kat FB : kawaiishopblog






9. My next project. hehe


Harap tutorial ni membantu. Selamat mencuba!

Monday, November 19, 2012

pregnancy week 31 and 3D/4D scan

Salam,

Rasa bersalahnya dah lama tak update di sini. Busy yang amat.
Tak dan nak update selalu.
What's new what's new..hurm too many..


Pregnancy:-
- Now dah 31st week! Wow!! cepat masa berlalu. Loya semua totally hilang la of cos.
- Berat makin naik. Dah naik 12kg dah sekarang.
- Dah minum air gula untuk kali yg kedua. (hari ni keluar result)
- Dah kene enjet kancing gigi. Tangan akan lenguh dan sakit untuk beberapa hari.
- Dah tau jantina baby!!!! Its a baby girl. Buat 3D/4D scan dekat klinik Umra Shah Alam. 
- Di minggu2 sekarang ni saya makin cepat lenguh kaki kalau berjalan. Takdela jalan byk mana pun actly. tapi lenguh macam dah jalan 1km.
- Baby makin aktif gerak. Selalu aktif malam je. Skang siang dan malam die aktif. Kadang2 nak buat kerja pun tergendala. Kene layan die gerak dulu. Nak2 kalau die tendang tepi perut. Sakit tuh.
- Kalau baby gerak aktif cepat2 saya bukak tengok perut turun naik hihi. Lawak pun ada. Kalaulah bole tengok ape die buat kat dalam tu.
- Ada kawan cakap kalau nak tengok baby main. Tutup lampu bile malam. Lepas tu suluh lampu kt perut. Nanti baby akan letak tangan or kaki die kat perut. So kite bole nampak la bentuk kaki die kt perut kite. Kawan buat jadik. Saya buat xjadik pun. Huu
- Saya ada baca gak..kalau nak ransang pemikiran baby, bile baby tengah gerak2 tu, misal kate die tendang belah kiri..ketuk perut belah kanan and cakap dengan baby  "baby kick here". buat samapi baby betul2 kick belah kanan plak. Main2 dengan die selalu macam tu. Yang tu pun saya buat tak jadik2. haha
- Saya baca kat Majalah Pa&Ma banyakkan makan gajus untuk ransang otak baby. Kacang pistachio jugak. MIL belikan kat kelantan 2kg pistachio & 2kg gajus semua skali RM120. Sekilo pistachio RM40. Tak tahulah murah ke mahal tuh. Sila makan puas2.
- HB saya turun. 10.2 huu. Hari ni checkup. Harap2 naik. Dah makan kerang dah, ikan bilis, ayam. Janganla turun lagi. Nurse kate kerang mengandungi iron paling tinggi. 
-Barang baby?? Hoho haram xbeli lagi. selamba tak? hihi

Ni senarai expo baby yang terdekat ni :
-Pigeon Monthly Special : 1Nov - 30 Nov 2012
- Mother, Baby & kids Expo - PWTC - 23-25 Nov 2012
- Pureen warehouse sale - 24-25 Nov 2012
-4th maternity & Children Expo - Mid Valley - 30Nov - 2 Dis 2012


3D/4D scan :
Kene register dulu dengan Jez. (google je 3d/4d scan). Lepas tu baru die bagi date available. 
Then book tarikh n time kite nak. 
Then baru die bagitau kat mana tempat yg available untuk kite pergi. 
Bayaran RM100 untuk 4D scan. Tambah lagi RM100 kalau nak buat detailed scan. So total RM200. Detailed scan tu die akan scan everything. Die carik baby punya jari cukup 5 tak. Cari jantung baby, cari otak baby-semua part la medula oblongata, serebelum, serebrum semua tu la. 
Kalau tulang baby die akan tunjuk radius, ulna dan tulang2 lain. 
Die akan carik pankreas, kidney, hati.
Die akan calculate semua ukuran termasuk air ketuban, berat, tinggi. Berat baby 1 900++gram je baru. okla kan.
Kire memang detail lah. 
Baby saya buat perangai tak senonoh. Die korek hidung masa orang scan die. Uh comel btol.
Die tidur masa orang scan. Kejut2 pun tak mau bangun. Siap menguap lagi. Lepas tu tidur dengan kaki2 sampai kat muka. Haha comel je budak kcik ni.
Hidung baby ikut saya itu yang confirm! Rasa nak melonjak bile Jez bagitau baby girl. Happy Happy!
Siapa2 nak buat 3D/4D scan make sure buat before 30th week. Bace kat pamplet tu la die kate camtu.
Saya suggest pergi masa week 27, 28 or 29. Baby dah besar sket so bole tgk jelas sket semua part2 baby. Muka pun boleh tgk jelas.
Untuk 1st baby pergi la. Excited tau. Buat memory kite nanti. Mereka akan bagi semua gambar yg diorang snap dgn video skali. Ukuran2 pun die akan bagi. 


Hidung saya!

Fahma x pic ni? ni nak tunjuk baby girl ye. 

Ok die korek idung di situ ye.

ni la ukuran yang saya cakap. detail kan..

Wah banyak lagi nak update.

Sekarang tenga buat HB baru, tak siap lagi,
Sibuk jait beading lagi.
Barang baby xjahit lagi,
Bisnes lagi. 
Mini sewing machine dah sampai nanti saya wat review.
Later la update.

Owh ye ni Beadwork yg saya jahit last few week.


Kalau nak tempah beadwork kat saya boleh je. Tapi lepas bulan Mac la ye. Sekarang dah sangat busy. Upah beadwork RM50 sahaja. Tak masuk kos material. Kos material akan di charge accordingly ikut material yg saya guna. 

Owh ye project bunga pearl ni pun sedang berjalan. Dah siap semua nanti. Sedia untuk dijual. RM15 for 20 pieces. Ade dlm 9 color. Bunga ni agak renyah n ade pearl so die mahal sket la. Nanti saya buat tutorial. 



Friday, September 21, 2012

Tutorial : Camelia Felt Flower Handbouquet

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan new tutorial untuk felt flower HB,

Tutotial asal diambil dari sini. Macam biasa la alter sikit supaya bersesuaian untuk buat HB.
Bunga ni agak leceh sikit nak buat sebab byk kene menjahit.
Tu yang saya ambil masa lama nak siapkan.

1) Mula2 print kan template bunga camelia ni dari link yang saya bagi kt atas tu. 
Ada 2 saiz yang saya ambil. Kalau kat template tu ada beberapa saiz saya ambil yang no 2 dan 3.
Tak besar sangat tak kecik sangat.



2) Lepas tu lekaplah template tu dekat felt dan gunting. 
Bahagian tengah die saya xgunting ikut garisan exactly. 
Sebab kalau tak lubang die akan jadi telalu besar. 
Susah nak letak pearl nanti. 
So saya buat lubang sikit - pakai gunting je.


3) Lepas tu saya gunting bahagian bucu yang 6 tu.
Nampak tak garisan kat bahagian tengah yang sepatutnya saya potong tu.


4) Ni kalau di terbalikkan. 
Kecil je kan lubang tengah tu.

5) Haa guntinglah banyak2 macam ni


6) Lepas dah gunting tu. Bucu yang 6 tu kene dijahit.
Jahit jelujur je.
Tapi bahagian lubang tengah tu jangan dijahit. 
Kat situ kita nak letak pearl.


7) Ni close up jahitan jelujur tu. 
Jangan lupa jahit jelujur kat bahagian yang ada garisan yang kita lekap tadi.
Sebab tu akan jadi bahagian bawah. 
Kalau tak nanti tak elok plak kesan2 lekap ada bahagian atas kan.

8) Ni hasil yang banyak2 di jahit.
Seriously it takes time.
Silalah bersabar menjahit ini ye.


9) Kemudian masukkan dawai putih dalam lubang pearl. 
Dan bengkokkan macam kat bawah ni.
Then curl kan dawai tu. LUpa ambil gambar.
Tapi faham kan?


10) Lepas tu masukkan kat celah lubang bunga tadi.
Owh jangan lupa tindih kan 2 saiz bunga sekali baru masukkan pearl.

11) Jadilah macam ni.


12) Lepas tu supaya bunga tu tak bergerak2 kat dawai tu,
Saya gamkan bahagian bawah bunga guna gam panas. 
Nampak tak2 gambar bawah ni.
Sorry terlupa amik gambar masa gam tu.
Da assemble baru teringat.
Da gam semua baru assemble semua bunga untuk jadi HB.


Haaa yang sebenrnya bahagian pemegang tu saya tak siapkan lagi.
Now tengah jahit for next Hb. Tamak kan.
Yang ni pun tak siap lagi dok siapkan yang lain.
Gambar full HB ni pun lupe nak ambil.
Bile tah nak siap decorate pemegang die ni. Masa masa!
InsyaAllah saya cuba siapkan holder die secepat mungkin dan akan upload gambar nanti.
Saya akan jual bunga ni nanti dengan harga RM60. Mahal sikit sebab jenuh jahit bunga ni.

Ok sampai sini sahaja.
Later saya upload ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...