Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 31, 2012

Mengetatkan cincin yang longgar

Yeay saya dah jumpa solutions untuk cincin saya yang longgar.

Mula2 ingat nak pergi kecikkan. Lepas tanya kat group mereka kate jangan kecikkan. Nanti dah kawen badan naik dah tak muat cincin tu.



Ceh nak jugak tunjuk post fb ni.

So saya telah melawat blog ini dan ini.

Mereka beritahu ade satu alat nama die Ring Clip yang bole guna untuk ketat kan cincin.

Ni lah rupa Ring Clip tu. 




Jual kat kedai Habib RM10. Yeay!!! Besok KL cuti akan ku cari.

Harap2 jumpa la.

Monday, January 30, 2012

Sempena Awan Nano yang menang tadi..

Macam biasa la, anything yang berkaitan langit, awan, bulan, bintang, matahari etc saya suka. 
Saya sangat suka pada langit. 
Ada sentimental value antara langit dan saya. 
Objek langit yang lain macam bulan bintang matahari sume dah banyak orang buat lagu, dan saya suka semua. Tapi lagu awan ni saya rasa 1st.
 1st time dengar je saya dah suka. 
Saya suka sebab awan.
dan kedua sebab lirik die ada sebut...
" Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi ..."
part tu memang ada sentimental value dengan saya.
Part tu mengingatkan saya pada seorang rakan baik saya.
Saya panggil dia awan.
Saya adalah bintang kerana saya kecil.
Seorang kawan saya lagi adalah bulan. Dia cantik secantik bulan.
Kalau lukis kat mana2 saya suka lukis 3 benda ni - bulan bintang dan awan.
Kawan awan saya tu memang berfungsi sebagai awan saya.
Dia selalu tolong saya. Banyak jasa dia pada saya.
Dulu saya selalu tanya dia kenapa dia selalu care kat saya?
Kenapa dia tolong saya?
Dia jawab..
"aku kan awan. awan selalu melindungi.."

So bila 1st time dengar lagu ni saya ingat dia.
Hari Rabu lepas masa dalam bas malam nak balik KL saya nampak sebijik bintang dan bulan kat langit.
Awan ja takde.
Saya terus message kawan saya tu..
"aku yakin lagu awan nano mesti menang AJL tahun ni"
Dia pun setuju dengan saya. Dia sokong lagu tu sebab penulis lirik tu kawan dia.


Dan malam ni tekaan kami tepat.
Kami orang paling gembira.
Tahniah Awan Nano
 :)


p/s: Sekarang saya dah ada awan nano baru. Terima kasih awan baru saya sebab sudi jadi awan saya. Saya tujukan lagu ini untuk awak :)

Tutorial bunga 3D

Potong kain bentuk bulat atau bunga ikut suka anda.

Yang ni saya potong bentuk bunga. Buat two version

Lipat dua bunga yang dah dipotong tadi.

Lepas2 lipat lagi skali. Kirenye lipat empat la sebenarnya. 

Dari pandangan sisi.

Lepas tu gam kan pada kain keras yang bentuk bulat. Buat lagi yang sama kat bentuk bunga seterusnya gamkan sebelah  sebelah. Dah habis 1 round tampal kat layer atas plak. Habis 2nd round tampal kat layer ketiga pulak. Tapi untuk layer ketiga tampal 1 bentuk bunga je. Tampal kat tengah2. Kire 3rd round tu penutup la.

Siap!

Ni contoh yang lain. Bole letak accesories lain kat 3rd layer tu. Bole cantum skali dengan net jugak.

Senang kan?

Bunga biru yang atas tu bentuk bulat kelopak die. Yang lain bentuk bunga

OK saya letak kat sini. Doorgift saya.

Kat beg saya :)

Sunday, January 29, 2012

Body Bleachhing ku yang....

Al kisahnya suatu masa dulu ada beli coupon from Streets Deal untuk Body Bleaching session kat Bombay Beaty spa ni :



So hari Jumaat buat appointment untuk datang tadi. Masa call cakap melayu pas2 kene sound suruh cakap English. Rupanya owner die memang datang all the wayyy from Bombay India. Owner adalah Indian.

Just nak meluahkan body bleaching session tuk sangat la tak best. Die just sapu bleach color kuning brand Avennia(tah macam mana eja) yang dah dicampur dengan scrub Body Shop kat badan ni. Biar half an hour pastu die lap dengan air. Pastu buat kat belakang badan plak the same thing and biar another half an hour. pastu lap lagi. Pas2 dah siap. Takde sental2 ke gosok2 ke. Sapu bleach pun pakai berus cat tu je. Kalau ikut masa promote tu die kate akan hilangkan hitam2 kat celah2 kelengkang ketiak dan sume la celah2 badan. Tapi...............haram! Dahla masa 1/2 jam tunggu tu badan tak payah cakap betapa gatalnyaaa. Rasa nak garu je. 1/2 jam rasa macam 20 jam tak tahan gatal.

Paling worst lepas session tu badan aku habis bau india. Tak sedap sangat. Dengan gatal2 satu badannye. Merenyam. Balik session tu pergi amik baju nikah kat tailor. Then pergi beli barang hantaran sket kat  Mid Valley.

Balik terus mandi tak tahan gatal dan bau India. Dan yang paling worstest bulu roma saya dah bertukar jadi warna kuning ye. KUNING!. Hasil dari bleach yang kuning tu. waaaa ape ni???? Kalau stakat buat camtu tadi aku pon bole buat sendiri kat rumah tak payah pergi spa. Benci benci benci.

Dan owner die tu sangatla tak friendly. Tanya sepatah jawab sepatah. Tak senyum pun. Argh! menyesal beli...

Ni badan yang dah warna kuning ni camne nak buat?

Friday, January 27, 2012

3d flower new stock

Hi semua saja nak promote 3d flower Kawa-ii Shop stock yang baru.









Tq tag designku

Tadaaa..



Simple je kan. Akan di print next week.
Saiz 2".
Untuk kerawang brushes tu bole dolod kat sini.
Nama dia pattern borders.

Thursday, January 26, 2012

Wedding prep update

Alhamdulillah wedding prep going well.
Rumah da siap kemas sikit. Cat banyak lagi. huu
Kad dah tempah awal bulan Febuary siap.
Baju da siap actly cuma kene otter sikit kat lengan InsyaAllah Ahad amik.
Beading baju akan start Ahad ni.
Doorgift masih belum beli. Kalau sempat ahad ni pergi beli.
DIY untuk pelamin belum start
Hantaran gubahan pun belum start
Ok relaxx relaxxx
Fuhh


p/s: Ramai yang tanya ada apa2 nak ditolong tak? Saya takde apa2 yang bole ditolong. Kalau nak tolong, tolong bagi saya duit itu je yang saya perlukan haha. Sekian

Saturday, January 14, 2012

2012 Special Giveaway




Haa sape nak menang 16cupcakes secara percuma???

Teha Dessert ada buat giveaway. Hadiahnya ialah Red Velvet Cupcakes sebanyak 16 biji.

Macam mana nak menang??

Ni syarat2nya :


Haaa kalau dsh ikut semua syarat. Kene tag seorang kawan unutk join. 

Jadi saya tag Ain!!!!! (Bila inai di jari).

Sila join ye Ain Ishak!

Semua pemenang akan dipilih secara Random. Maka silalah join mana tau ada rezeki.







p/s: Nama Teha ni sama dengan anak buahku yang kuat menjerit tu.

January 2012 Blog Giveaway

Salam semua,

Lin Handmade Greeting Cards ade buat giveaway. Ni link to the post. So semua yang berminat nak dapat kad yang cantik ni. Sila la join.

Cantik kan?

Ni cara nak join giveaway tu :


1. Anyone can join this giveaway. Blogger, facebooker, twitters.....practically anyone from all over the world. :)2. Just make a post about this giveaway at your blog or at your facebook or at your twitter. If you don't have a blog or facebook or twitter account, then just write your details at the comment box.3. Write this details at the comment box :     - Your full name    - Your email address    - The link to your post (if any)
The deadline for this giveaway is on 30th of January 2012. Winners of this giveaway will be picked randomly. I will be making an announcement on 31st of January 2012 to declare the winners. 
Senang je kan. Semoga Ada rezeki InsyaAllah. Bole bagi kad ni kat bakal suami nanti hihi


Thank you AJ WeddingSouvenier



Tuesday, January 10, 2012

DIY : 3d flower

This coming 3month before my wedding would be a hectic month for me. Every week balik kampung di Benut Johor untuk kemas rumah dan cat rumah. Sekarang cat rumah la. Da siap cat baru boleh kemas. Malam pulak akan buat diy2 projek yang masih banyak ni. Weekday cari idea dan settle kan hal2 kahwin mana yang patut. Sangat2 letih. Selalu dalam bas akan menjahit barang 3 4 bunga lepas tu collapse.

My current project ialah menjahit pearl pada 3d flower yang dah buat hari tu. Ada dalam 100++ bunga semua skali. Pearl tu saya beli dekat Pertama Kompleks Tingkat 3. Nama kedai tu Lovely Beads. Macam2 beads ada. Untie yang jaga tu pun baik. Beli banyak die bagi discount. Layanan memang tip top! Harg pearl ikut jenis kalau yang sworzski (xtau betul ke eja ni) tu RM7 per 50gram. Kalau yang jenis biasa tu 1 rantai RM3.50. Kilat de lain la. sworzski tu lai cantikla. Ikut bajet masing2 ye nak beli. For me mahal ke murah ke orang tak kesah pun. Bile da banyak2 tu akan nampak sama je nanti. Depends ye.


Bunga ni lah yang jahit dalam bas selalu tu.

Bila dah letak pearl baru comel.

Banyak lagi kannn..
Adala dalam 30++ pearl lagi nak kene jahit. Sehari jahit 20 je. Tak larat nak buat banyak2. Saya target minggu ni mesti siap before balik kg lagi minggu ni. Lepas tu bole fokus buat veil plak. Wah banyak lagiiii!!

Tata~

Menu untuk menaikkan berat badan ciptaan saya

Saya ada 2 bulan lebey je sekarang. Kejap je rasa. Dan saya sangat2 nak menaikkan berat badan yang sangat2 ringan ni. Kalau kene tiup angin confirm melayang.

Dah Google cara2 nak naikkan berat badan. Tak banyak yang membantu. Basically cakap kene lebihkan pengambilan protein dan karbo. Makan dengan kerap. Banyak yang kata roti mengandungi kadar karbo yang lebih tinggi dari nasi.

So lepas di fikir2 saya da create satu menu yang saya akan makan sepanjang sebulan. For testing je. Hopefully menjadi. Saya nak naik dalam 5 kg je.

Ini menu yang saya rasa sesuai untuk status bekerja + berjimat saya.

Bfast : Masak nasi 2 pot. Goreng telur mata kerbau. Makan nasi 1pot dan telur mata kerbau. Minum susu+protein powder+Weigt Gainer 1850 GNC

Antara makan bafas dan lunch : Makan ape2 roti berintikan salad mayonis dan cheese.

Lunch : Makan nasi dan ikan dan sayur. Any type of ikan. Lebihkan nasi.

Antara lunch dan dinner :  Makan ape2 roti berintikan salad mayonis dan cheese.

Dinner : Makan balance nasi 1 pot pagi tadi telur mata kerbau dan sup(any type). Minum susu+protein powder+Weght Gaiiner 1850 GNC.

Haa menu2 saya tu dipenuhi dengan karbo dan protein. Makan 5 kali sehari. Minum susu 2 x kali sehari. So gaji nanti nak kene beli :

-Susu EveryDay paket besar
-Telur 1papan
-Salad
-Cheese
-Tomato
-Roti
-Mayonis

Rakan2 yang nak belanje or nak bagi hadiah saya cuma accept roti atau nasi je untuk sebulan yang akan datang ye. Terima Kasih.

Doakan saya berjaya menaikkan berat badan yan ringan ni.

Tata~

DIY: Veil on the making

On the making. Saya plan next week siap InsyaAllah.

Thursday, January 5, 2012

Update

Saya sangat merindui blog ini.
Banyak benda nak update taoi masa sangat sedikit.
Busy dengan kerja dan wedd preparation.
Rumah sangaaaaaaaaaaaat banyak nak dikemas kan.
Tiap2 minggu kene balik kemas. Kesian kat abah buat macam2. Tak sampai ati nak biarkan.
On my side tengah siapkan bunga 3D untuk baju. Malam ni InsyaAllah siap.
Lepas ni tinggal nak jahit pearl kt atas die plak.
Lepas siap nak jahit veil plak.
Bile baju dah siap nak jahit beadding baju nikah plak.
Banyak lagiiiiiiiii..
Insyaallah later will update with picture.

Owh ye saya tolong promote untuk cousin saya. Die buat promo photography. Yang ni tak tipu. Kalau die tipu saya yang akan heret die pergi balai polis..




Untuk incik tunang yang sedang berdiet. Saya tiupkan jutaan semangat. Hadiah menarik menanti anda. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...