Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 18, 2012

5months and 2weeks

Salam semua,

Hari ni cerita perihal pregnancy pulak sebab HB tutorial belum siap kerana HB belum siap.
Tinggal part holder die je xsiap. Kalau dapat Siapkan malam ni esok saya up tutorial ye.

- Last week pergi check up nurse kata kene repeat minum air gula. Whattttt!!!!
Part ni yang aku malas nak dengar. End of October nanti. SO saya pun saja tanya nurse kalau nak pergi minum kat private boleh tak sebab private klinik punya air gula sedap ade perisa. And nurse kate BOLEH!! yeay!! Just bawak je result pergi klinik nanti.

- Berat naik 2.7kg. Lebih dari yang sepatutnya 0.5kg/month. Haha nurse macam nak marah tapi die kate okla faham lepas raya kan. Makan macam2.

- HB pulak turun. 10.3mg dari yang sepatutnya 11mg. Yang ni die marah. Die bagi 4 vitamin - Iron, Acid Folic, Bcompleks and Vit C. Die pesan suruh makan makanan berzat besi banyak2. Kurangkan karbo blabla.

Saya tanya kalau HB rendah kenapa?. Rupanya kalau Hb rendah maksudnya Hemoglobin kurang. Hemoglobin kan bekalkan Oksigen ke seluruh badan. So kalau kurang meaning baby xcukup oksigen. Bila baby tak cukup oksigen boleh sebabkan baby lahir tak cukup bulan, mati selepas lahir, baby tak membesar apetah lagi. Ada dalam buku merah. Boleh cek. Wuuu yang tu saya seriau. Ok lepas tu balik terus beli sayur, kerang. ikan, ayam, ikan bilis banyak. Luckyly hubby pun dah bole makan sayur tu skali. Takdela terkulat2 saya nak makan sorang2.

Tapi yang sedihnya Iron tablet tu saya tak boleh telan sangat. Kadang2 lepas makan je muntah2. Kadang2 tak pulak. Nurse kata minum dengan air suam. Saya try minum dengan air panas betul Alhamdulillah Ok. Tapi make sure lepas makan ubat tu terus tidur. Bagi die turun dulu. Lepas sejam lepas tu baru boleh makan.Macam tu ok sket. cuma akan ada loya2 sket. Tapi okla asalkan xmuntah.

- Selepas mendapat inspirasi dari beberapa blog yang jual quilt for baby, saya bercadang nak jahit quilt untuk baby. Beli material cotton panel dari MayMay Shop. Saya beli 4 kain panel 1 kain flannel. Kain panel ni memang size khas untuk buat quilt baby. Size die less than 1M. Dah survey2 kat blog2 lain yang jual kain panel MayMayShop paling murah. RM25/panel. Mula2 ingat nak beli direct US, owh ye kain panel ni biasanya designer design dari US, tapi lepas kire cost shipping semua, macam tak berbaloi. So beli kat Malaysia je.

Sekarang MayMayShop ada buat giveaway sampai 30/09/12 ni. So do visit her FB or blog for details.

Ni antara kain panel yang saya beli :




Selamber kan beli color pink walaupun belum tahu gender baby lagi. Haha nasibla. Kalau baby boy pun die kene pakai jugak quilt ni. Mummy dah jahit. Jangan nak ngade. 

Sebenarnya saya bukan reti sangat nak jahit quilt ni. Tengok tutorial macam senang. So tengok je la hasilnya nanti. Kalau jadi saya buat tutorial kalau tak jadi diam2 je.

Sementara tunggu panel ni sampai nak cari material for batting. Ingat nak cari fiber dan kekabu. 1 panel pakai fiber 1 panel pakai kekabu. Kekabu comfy sket. Sian baby i tido kalau tak comfy. Yang pakai fiber untuk buat alas kat rocker. Siapa baik hati ada pokok kekabu nak bagi i for freee.... Tak nak beli. (Save cost sikit) hihi.

- Ahaa siapa2 cari rocker murah i dah jumpa. Beli kat Safiyyah Osman. Die kumpul order ramai2 dan beli secara borong so boleh dapat murah. Saya beli beberapa barang lain dengan die jugak. Macam romper and travel bag. Bulan 10 nanti dapat. Bolehla kalau siapa2 nak order. Die bukak order sampai akhir bulan September ni. Ni link blog dia http://sweetlikekisses.blogspot.com/.


Ni rocker yang saya beli :

Ni diaper bag yang saya beli.

- Lagi 2 minggu kene jumpa nurse lagi sebab die nak monitor Hb. Harap2 naiklah pliss.

- Berat saya naik tapi badan segini jugak. Tak gemuk pun. Perut je membesar. Alahai..

- Sekarang da rasa baby gerak2. Esp kalau hubby baca quran kat die mesti die gerak kuat2. Dan bila lapar die pusing2 sampai kita naik geli.

- Excited nak tau gender baby. Tapi cuak jugak.

- Kalau sesiapa nak pergi kelas atenatal bole tengok FB Hosp An nur. Cost die RM30/couple. Tapi tak berapa complete sebab takde terang untuk masa deliver nanti. Macam mana nak teran. Kalau nak lagi complete bole tengok DEMC Specialist Hospital Shah Alam website. Kursus die complete ada semua.

Cer tengok ni :

8.30 am - 9.00 amRegistration & Ice-breaking Session
9.00 pm - 9.45 amNutrition During Pregnancy” by Nutritionist
9.45 am - 10.45 amPregnancy & Labour Process” by O&G Consultant
10.45 am - 11.00 amTea Break
11.00 am - 11.30 amPain Relief” by Anaesthetist
11.30 am - 12.30 pmCare of Newborn” & “Effective Baby Massage ”by Paediatrician
12.30 pm - 1.00 pmHospital Tour to Labour Room, Operation Theatre & Maternity Ward
1.00 pm - 2.00 pmLunch Break & Solat
2.00 pm - 2.30 pmActivities & Games
2.30 pm - 4.00 pmSuccessful Breastfeeding “ by Pn. Jasmeen Tay Abdullah
4.00 pm - 5.00 pmBreathing Techniques During Labour” by Physiotherapist
5.00 pm - 5.30 pm"The Importance of Post Natal Care"
5.30 pmAdjourn

Bayaran die RM120/couple. Ada makan semua. Kalau di An Nur dia utamakan mummy yang buat checkup kat situ. Kalau ada kosong baru die open. Tapi DEMC tak payah. Sesiapa pun boleh join.

Tarikh dia pun ada banyak. Boleh tengok dekat website dia. 

Husband yang survey semua ni. Rajinkan dia. Dia kata kelas ni penting especially untuk deliver nanti. Kalau betul semua InsyAllah 2 kali teran je baby dah keluar. Tak tau lah kan. So we are excited to go for this class.

Wee!

Cukup sahaja untuk hari ini.

Tata~

2 comments:

dilla nadila said...

bestnye.jelesnye...tengok org buat preparation untuk baby... :)

cik lin butterfLYNN~~ said...

comel2 quilt nye:) teringin jugak nk menjahit utk baby, tp vit m ni bertakhta pulak, hehe, lgpun keadaan kesihatan tak mengizinkan, huu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...