Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Tutorial : Chiffon pearl flower

Oraits!! seperti yang dijanjikan. Sebab ramai request..so here's the tutorial of this 3D flower :



Bunga yang saya letak kat baju nikah hari tu..




1. 1st potong kain chiffon bentuk empat segi tepat.
Ukuran yang saya selalu guna 1.5inch x 7.5 inch.
Saya ni ukuran yang paling sesuai untuk dpt bunga yang size die xbesar xkecik. Just nice.
Kalau nak bunga besar lagi just besarkan ukuran tu.
Kalau nak kecik lagi just kecilkan lebar je. Panjang 7.5inch tu jgn diubah. Sebab kalau pendek nanti bunga ni akan jadi melengkung.

Gambar ni terlupa nak rotate. Lebar 1.5inch. Panjang 7.5inch

2. Lepastu lipat 2 kain tu. Dan kita akan jahit bahagian yang bertemu tu. Yang bahagian 1.5 inch tepi tu.


Macam ni.

Close up sikit.


Jahit sampai hujung ye. Saya guna jahitan kia. Kalau nak lagi cepat dan kukuh jahitla pakai mesin jahit.



3. Lepas dah jahit tu. Terbalikkan kain tu. So bahagian jahit tadi akan jadi bahagian dalam.

Tak berapa kemas sangat. Kalau pakai mesin lagi kemas. Tapi xpe..xnampak pun nanti,

4. Lepas tu, lipat dua kain tu macam dlam gambar. Kire bahagian yang 1.5inch tu dilipat kedala. So die akan jadi lagi pendek. Sebab kain Chiffon tu lembut so kene pin la keliling die. Nanti kang lari2 plak kain tu.


 5. Lepas tu jahit jelujur keliling kain kat bahagian hujung yang bertemu tu. Janagn matikan benang lagi ye. Jelujur tu lagi rapat lagi cantik nanti. Lagi rapat jelujur lagi berkedut bunga lagi cantik (in my point of view lah)


6. Ok lepas dah jahit jelujur then tarik benang yang belum dimatikan tu macam dalam gambar

Ni hasil dah habis tarik benang. Bahagian belakang.


Ni bahagian depan. Dah siap tarik barulah matikan benang tu.



7. Step seterusnya ialah jahit pearl kat bahagian depan bunga. Masukkan benang dari bawah. Then masukkan pearl. Then cucuk jarum ke bawah balik. Ulang2 sampai 3x agak kukuh then matikan kat bahagian bawah bunga.

Close up sikit.
 8. Ok siap!!






Bunga ni kalau malas jahit saya ada jual. Boleh tengok kat FB : kawaiishopblog






9. My next project. hehe


Harap tutorial ni membantu. Selamat mencuba!

Friday, September 21, 2012

Tutorial : Camelia Felt Flower Handbouquet

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan new tutorial untuk felt flower HB,

Tutotial asal diambil dari sini. Macam biasa la alter sikit supaya bersesuaian untuk buat HB.
Bunga ni agak leceh sikit nak buat sebab byk kene menjahit.
Tu yang saya ambil masa lama nak siapkan.

1) Mula2 print kan template bunga camelia ni dari link yang saya bagi kt atas tu. 
Ada 2 saiz yang saya ambil. Kalau kat template tu ada beberapa saiz saya ambil yang no 2 dan 3.
Tak besar sangat tak kecik sangat.



2) Lepas tu lekaplah template tu dekat felt dan gunting. 
Bahagian tengah die saya xgunting ikut garisan exactly. 
Sebab kalau tak lubang die akan jadi telalu besar. 
Susah nak letak pearl nanti. 
So saya buat lubang sikit - pakai gunting je.


3) Lepas tu saya gunting bahagian bucu yang 6 tu.
Nampak tak garisan kat bahagian tengah yang sepatutnya saya potong tu.


4) Ni kalau di terbalikkan. 
Kecil je kan lubang tengah tu.

5) Haa guntinglah banyak2 macam ni


6) Lepas dah gunting tu. Bucu yang 6 tu kene dijahit.
Jahit jelujur je.
Tapi bahagian lubang tengah tu jangan dijahit. 
Kat situ kita nak letak pearl.


7) Ni close up jahitan jelujur tu. 
Jangan lupa jahit jelujur kat bahagian yang ada garisan yang kita lekap tadi.
Sebab tu akan jadi bahagian bawah. 
Kalau tak nanti tak elok plak kesan2 lekap ada bahagian atas kan.

8) Ni hasil yang banyak2 di jahit.
Seriously it takes time.
Silalah bersabar menjahit ini ye.


9) Kemudian masukkan dawai putih dalam lubang pearl. 
Dan bengkokkan macam kat bawah ni.
Then curl kan dawai tu. LUpa ambil gambar.
Tapi faham kan?


10) Lepas tu masukkan kat celah lubang bunga tadi.
Owh jangan lupa tindih kan 2 saiz bunga sekali baru masukkan pearl.

11) Jadilah macam ni.


12) Lepas tu supaya bunga tu tak bergerak2 kat dawai tu,
Saya gamkan bahagian bawah bunga guna gam panas. 
Nampak tak2 gambar bawah ni.
Sorry terlupa amik gambar masa gam tu.
Da assemble baru teringat.
Da gam semua baru assemble semua bunga untuk jadi HB.


Haaa yang sebenrnya bahagian pemegang tu saya tak siapkan lagi.
Now tengah jahit for next Hb. Tamak kan.
Yang ni pun tak siap lagi dok siapkan yang lain.
Gambar full HB ni pun lupe nak ambil.
Bile tah nak siap decorate pemegang die ni. Masa masa!
InsyaAllah saya cuba siapkan holder die secepat mungkin dan akan upload gambar nanti.
Saya akan jual bunga ni nanti dengan harga RM60. Mahal sikit sebab jenuh jahit bunga ni.

Ok sampai sini sahaja.
Later saya upload ye.

Wednesday, September 12, 2012

Tutorial : Hydrangea Felt Flower Hand Bouquet

Salam Semua, Seperti yang dijanjikan saya akan menghabiskan stock felt balance dari kahwen hari tu.
So semua felt akan di buat bunga untuk hand bouquet.
Saya akan jual hand bouquet tu.
Setiap minggu saya akan buat satu InsyaAllah.
Dan setiap minggu lain2 bunga.
Siap je saya jual.
Kalau nak bole emel saya ye khaiamany@gmail.com

Okay minggu lepas saya buat Hydrangea Felt Flower.
Ni lah hasilnya....
Hydrangea Felt Flower Hand Bouquet.
Lambat sket siap sebab weekend ada open house and busy kemas rumah.

Kat sini nak share sedikit tutorial dari saya yang saya alter sikit la. 
Sumber asal dari sini.. http://americanfeltandcraft.wordpress.com/2011/11/07/felt-hydrangea-bridal-bouquet-tutorial/



1) Mula2 ukur felt size 1.5inch x 1.5 inch. Kalau nak besar buat la 2inch. Terpulang. 
Lepas tu potong felt tu ikut ukuran.
1.5 inch x 1.5 inch
2) Gunting setiap penjuru sedikit. Jangan sampai tengah. Tengah biar kosong.
Gunting setiap penjuru

3)Lepas tu gunting sedikit di setiap bucu. Macam dalam gambar bawah ni. Sorry gambar blur sket. Terbalik pulak tu. Hihi. Tapi faham kan..
Add caption


4) Ni hasilnya bila da gunting setiap bucu.


5) Buat step 1-4 untuk warna hijau jugak. Hijau ni konon2 daun die. Nak letak bahagian bawah. Saya buat dalam 12 keping warna hijau.
Add caption

6) Lepas tu cankungkan pearl pada dawai putih yang lembut sket kat tengah2 felt tadi. Yang ni saya lupa ambil gambar. Basically saya buat lubang kat tengah pakai pin baby tu. Lepas tu baru masukkan dawai tu. Ni hasil da siap letak pearl.




7) Lepas tu renyukkan felt yang dah letak pearl tu macam dalam gambar tu. Tujuan kite renyukkan kan nak bagi effect wrinkled sket. Kalaul x keras kejung je nampak bunga tu.


8) Ni hasil yang dah direnyukkan..




9) Ni hasil untuk color purple plak. Saya buat 2 tone untuk color purple. Lepas dah renyukkan saya lilit 3 bunga skali guna selotep gam tu yang color putih tu. Apetah nama dia. Bila kita lilit 3 bunga skali senang sket nak bentukkan jadi HB. Dan batang die jadi keras la sket.


10) Tadaaa...siap. Magic kan. Bahagian pemegang die saya lilitkan felt color hijau. Plan nak letak rbibbon kat pemegang die. Tapi tengah pikir2 lagi ribbon color ape sesuai.


Total bunga yang saya guna purple+hijau dalam 74 kuntum jugak la. Kalau nak lagi besar buat banyak lagi. HB ni kecik sket. Kalau banyak lagi besar la sket. Tapi stok purple da habis pulak. So ni je la yang mampu.

Inilah hasil Hydrangea Felt Flower saya.

Kalau siapa2 berminat saya jual dengan harga RM50.



Okay ini next project HB saya.

Camelia Felt Flower. 
Tunggu minggu depan ye.






Sunday, May 6, 2012

Tutorial : Felt Flower

Ok sebab ada yang mintak suruh buat tutorial bunga felt yang saya buat ni :



Maka saya telah pun ambil gambar untuk tutorial.

So here we go the tutorial :

Mula2 potong kain felt saiz. Panjang ikut panjang size A4 sebab saya beli memang dah A4 size. Lebar die 2.3 inchi

Lipat 2 felt tu dan pin kan

Kemudian guntingkan jalur2 macam dalm gambar tu. Lebar die agak2 je dalam 1cm.

Bila cukup 7 jalur gunting terus jalur tu. Kire felt 2 cm yang kita potong tadi akan dapat 3-4 set macam ni. ikut macam mana lebar yan kita potong

Then jahit kan jelujur sepanjang jalur2 tu. Jangan matikan dulu jahitan. Nampak x jarum saya dengan benang tu.


Pastu sambung jahitan ke tempat kita start jahitan jelujur tadi. Sebab tu saya kata jangan matikan dulu jahitan tadi

Then start tarik benang tu so felt tu akan bercantum. Taik sekuat hati sampai membentuk bunga.

Haaa dah terbentuk pun bunga. Patu baru boleh matikan jahitan.

Haaa siap.

Lepas tu jahit lagi satu bunga untuk letak atas dia. Depends color macam mana yang kita nak. Saya suka depan polkadot belakang solid color.
Lepas tu amik button. Ni contoh kat belakang button tu. Masukkkan dawai kat lubang tu.

Pastu masukkan dawai kat celah lubang 2 bunga tu.


Haa ni gambar bahagian belakang bunga tu. Contoh cara nak matikan  dawai tu.

Nil ah contoh dah siap bunga felt. Ready untuk buat HB.


Ok sekian tutorial bunga felt dari saya. Semoga membantu ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...