Followers

 BabyFetus Ticker
pregnancy calendar

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 28, 2012

4months 3 weeks~~

Selamat Hari Raya :)

- Before raya tu kene minum air gula. Ya ampun rasa die sumpah tak sedap. Dah la kene habiskan dalam masa 5 minit. Tobat tak nak minum lagi. Saya muntah sikit masa minum tu. Lepas minum pun muntah sikit. Lepas tu dok tahan jangan muntah selama 2 jam. Tak sanggup nak minum lagi. Tuhan je la tahu seksanya tahan muntah tu. Elok je nurse ambil darah kali kedua masuk kereta terus muntah semua skali air gula tu. herhhhh. Jangan la ada lagi. Thank you Mr hubby sudi temankan saya masa minum air gula tu.
- Seronok sangat raya dengan suami :)
- Tak puas lagi duduk kampung. Rasa nak cuti lagi lama2.
- Hari raya saya makan dengan jayanya. Hasilnya berat dah naik 2kg. Alhamdulillah. Selalu berat saya ni nak naik 0.1kg pun susah giler. Tapi kalau bab turun cepat je.
- Muntah dah takde. Selera makan makin bertambah. Yippie.
- Sekarang ni i'm craving for open house. Kalau ada open house sila la jemput saya. Saya nak makan sedap2. hihi
 -  Sekarang sedang gigih nak gemukkan badan lagi. Perut dgn breast je naik. Part badan yang lain tak naik pun. Tulang je. huhu.
- Macam biasa, saya ni kalau makan kat luar tak berapa nak selera sangat. Kecuali kalau order lauk ikan Yang tu saya selera. Tapi kalau nak order ikan selalu memang pokai la kan. Saya lagi selera kalau lauk yang dimasak sendiri. Pansas2. yum2.
- Malam ni nak try masak ikan tiga rasa dengan hubby. Semangat!
- Sekarang ni asik lapar je. Setiap minit rasa nak makan. Bila mengenangkan masa alahan hari tu. herhhh syukur sangat. Sekarang boleh makan apa sahaja tanpa perlu fikir banyak2 kali.
- Sepatutnya masa2 sekarang saya dah boleh rasa movement baby. Tapi takde lagi. Maybe baby da start gerak cuba belum rasa sangat.
- Sangat excited nak tahu jantina baby. Nama untuk baby girl saya dah pilih. Lama dah berkenan dengan nama tu. Baby boy hubby yang pilih. Bulan 10 nanti baru scan lagi.
- List barang baby dah buat dah. Tinggal nak survey je ape brand yang bagus and murah. hihi murah tu penting!
- Sekarang mood DIY saya sudah datang. Tak sabar nak tunggu weekend!
- Yeay Jumaat cuti lagi. Lompat2!

Thursday, August 2, 2012

No more alahan, yuhuuu~

Minggu ke 15 pregnancy~~

*Muntah2 dah takde. Maka saya boleh makan apaaaaaaa saja. No more alahan. Alhamdulillah.

*Cuma masih muntah kalau lapar. Muntah yang sampai darah naik sampai ke kepala lepastu muka rasa panas je. Hoho. horor betul kalau muntah tu datang. Biasa petang2 la sebab time tu baby da start lapar.

*Da lima hari saya ponteng puasa. Hukhuk. 3 hari sebab tak bangun sahur. Tak tahan so kene makan. Yang balance sebab lapar sangat sampai muntah2.

* Saya dah bole minum susu semula. Beli susu EnfaMama RM sebab review ramai kata sedap. Mula2 takut muntah so saya beli perisa coklat walaupun hakikatnya saya xsuka susu tepung perisa2 ni. Tapi beli la jugak sebab takut muntah. Sekali bila rasa. Buwekk tak sedap pun. Nyesal beli perisa coklat. Maybe sebab saya dah biasa minum susu EveryDay. So asik compare rasa dengan EveryDay. Tapi demi nak bagi khasiat kat baby. Telan jela walaupun tak sedap.

*Kenapa ye bulan puasa ni rasa xbertenaga je. Asal petang or malam je saya lemau je. Kene tidur baru ok.

*Bulan puasa ni saya ada problem nak makan obimin yang nurse bagi. Nurse suruh makan setengah jam before makan. Masa perut tengah kosong. Celah mananya nak makan 1/2 jam sebelum makan. Sah2 la time buka nak terus makan. Time sahur kalau tunggu 1/2 jam kang habis plak waktu sahur. Terpaksa la set jam kul 4pagi tuk bangun makan ubat. Tu pun kadang2 selalu termiss bangun. Haih la. Sian baby.

*Tengok harga barang2 baby. Mak aihh mahainyaaaaa la kan. Sempat ke ni kumpul duit nak beli semua barang2 tu. Takde sapa2 nak sedekah ke. Sob2.

*Perut dah mula muncit sedikit. Tapi tak besar mana pun. Sebab badan saya kecil je. Yang sedihnya perut je naik. Part2 lain sama je. Ah kecewa~ Bila nak gumuks ni.

*Berat saya masih lagi tak naik. Turun lagi adala. Hurm hurm..

*Minggu depan minum air gula. Berdebarnye. Kene ambil darah part paling benci. Ye saya benci jarum cucuk2 kat badan ni. Sakit tahu.

*Oh ye sekarang tekak dah bole telan air masak. Walaupun rasa xsedap tapi demi baby redah je la. Asal tak muntah balik tu ok la kan.Tapi tetap nak air manis cuma kalau tak dapat tu telan je la air masak. Nasib baik air zam zam. Sedap la jugak nak telan.

*Sampai sekarang xjumpa lagi Moist Choc Cake yang diidamkan. Hari tu beli Secret Recipi punya. Tak sedap lansung. Terus muntah balik semua. Mana laa nak carik yang betul2 moist ni. Huu...


Tuesday, July 24, 2012

Meludah, Air Zam Zam dan jambu batu

Salam,

Saya ada satu masalah masa mengandung ni.
Saya mempunyai air liur yang banyak dan akan kene selalu meludah untuk buang air liur ni.
Tak boleh nak telan. Sebab air liur ni rasa pahit semacam je.
Kalau kumpul lama2 dalam mulut end up saya akan rasa loya nak muntah.
Plastic memang ke mana sahaja di bawa. Hubby belikan satu pek beg plastic orang meniaga tu.
So kemana2 bawak. Kalau terlupa bawak memang mengagau la cari plastic nak meludah.
Puas dah tanya orang and google. Semua cakap takde petua nak hilang. Harung je la.
Harap2 tak la berterusan sampai ke bersalin nanti.
Kalau nak bagi tak meludah kene makan sumtink. Tu pun makanan yang last saya tak boleh nak telan.
Saya akan ludahkan.
Disebabkan tekak ni rasa pahit sebab air liur tu. Saya ada habit suka minum air manis.
Memang kalau tak dapat minum air manis tu rasa tak sedap je.
Air masak tak dapat nak telan sangat,. Rasa payau je bila lalu kat tekak ni.
Risau memang risau asik minum air manis je.
Kadang2 jelous tengok orang bila die minum air masak dengan banyak masa preggy.
Apakan daya tekak ku tak bole nak terima.
Kalau bole minum air masak pun sikitiiit je. Tak bole minum banyak2. Sebab akan muntah balik.
The only air putih yang bole lalu kat teka ni ialah Air Zam Zam.
Amacam demand kan baby ku?
Miraclenye air zam zam tu. So weekend lepas saya pun mintak la husband belikan Air Zam Zam kat kg.
Kg husband kat Teluk Intan Perak. Kat situ ade kawan FIL yang jual air Zam Zam.
Packaging memang dari Mekah punya. Siap ade tag flight lagi.
Botol besar RM140. Yang kecil sket RM100. Masa beli tu yang besar dah habis so beli yang kecil.
Bolela kan. Nuw tengah paksa diri minum air Zam Zam tu. Sebab 8Aug nanti kene minum air gula.
Takmola doctor detect ade kencing manis. Setiap hari pakse diri habiskan 1botol 500ml tu.
Tapi air manis tetap minum kikiki.
Sekarang tengah gilerr air keladi cincau dekat kolej 12th UM.
Orang tu punya air keladi cincau memang terbaik.
Hari2 nak minum. Tapi sekarang bulan puasa. Tak dapatla nak minum.
Sedeyyyy giler.
Air keladi tempat lain tak sama. Kebanyakannya buat cair. Ais banyak. So rasa ais je lebey dari keladi.
Huwaaaa nak air keladi cincau tu. Mana nak carik ni.

Lagi satu sekarang saya suka sangat makan buah jambu batu. Memang dari kecil pun suka makan.
Tapi masa mengandung ni memang suka sangat la.
Jambu batu tu di potong nipis2 rendam dalam air garam.
So jambu tu akan rasa lembut dan manis2 sket. Makan macam tu je.
Kelebihannya, yang ni saya baru tahu, dia boleh hilangkan rasa loya dan lagi satu Hb kite akan mantain. Tak rendah.
Yang pasal Hb kawan yang bagi tahu. Patutla masa check up saya kagum nurse puji Hb maintain.
Walhal aku makan xdela berkhasiat sangat, muntah je lebey. Makan pun tak selera. Macam mana boleh maintain?
Rupanya jambu batu tu. So makan la selalu ye.
Lagi satu jambu air. Jambu air plak saya suka makan cicah dengan kicap+gula. Memang terbaik!!
Itupun makanan kegemaran masa kecil.
Hari ni nak paksa hubby belikan jambu jugak. Stok da habis. huhu.

Ok sekian. Hari ni saya tak puasa, huhuhu.
Apakan daya...

Monday, July 16, 2012

ehem..ehem..entry selepas lama menyepi.

Salam,

Lama dah tak update kat sini.
Bukan apa. Since detect pregnant 5weeks hari tu.
Maka start la segala pregnancy sickness ku. huhu.
So sepanjang tu memang takde maknanyalah nak update2 blog ni.
Banyak prep wedding review hari tu tergendala.
InsyaAllah akan cuba update sikit2 lepas ni.

Now da 13weeks 1day. Dah lepas trimester pertama
Sickness da ok sikit. Still muntah2 lagi. Perut masih meragam sikit2 lagi.
Cume berkurang la.
Kalau sebelum ni muntah je confirm takde tenaga dah pastu.
Sekarang da ok sket. cuma kene berehat la pastu. Sebab perut da rasa tak selesa kan.

Kata orang bila kita mengandung baru kita tahu macam mana rasa emak mengandungkan kita dulu.
Betullah tu. Banyak yang saya belajar sepanjang pregnancy sickness.
Kalau masa sebelum mengandung kita bebas nak makan apaaaaaaaaaaaaaaa sahaja.
Haaaaaaaaaaaa masa mengandung kau jangan harap la kan.
Penjagaan pemakanan sangatlah penting.

Antara yang saya tak boleh makan :
- makanan yang masam
- makanan yang berminyak
- milk-based food
- makanan yang pedas
- makanan yang tawar/pahit
- makanan  yang ada perisa tambahan

Haaa banyak kan. Semua makanan tu kalau makan sure muntah atau perut meragam atau sakit.
Sudahnya lepakk.

Even air masak pun saya tak boleh nak telan.
Air manis je yang bole lalu kat tekak ni.
Harap2 takde la kene kencing manis nanti.
Setakat hari ni da 2 kali kene masuk air sebab badan terlalu lemah.
MC pun dua kali. sekali tu dapat MC seminggu, hehe
Pergi klinik toksah cakap tah berapa kali tah.
Series tak mudah mengandung ni.
Time2 ni la kita appreciate time kite sehat bole makan apa sahaja dulu.

Harap2 lepas ni ok la badan ni.
Tadi pergi check up Hb ok 12.8. Berat je xcukup naik lagi 200g lagi.
Untuk pengetahuan Hb kene 11 ke atas. Dan berat kene naik 500g setiap bulan.

Target lepas ni saya kene makan buah dan sayur2ran banyak2.
Cuba untuk minum air masak banyak2 lepas ni.
Dan makan banyak2.

Bile da betul2 ok akan mula buat review balik sikit2 lepas ni.

Ok semua cheers :)


Monday, May 28, 2012

Mom-to-be!!!

Salam semua,

Last week adalah minggu yang paling tak disangka. Yes tengok title tu. I'm pregnant!!

Chronology-nya macam mana ye..

Saya mulanya nak expect pun pergnant.
Start dari saya ganti puasa hari tu saya tak boleh tahan.
Lapar yang amat. Lapar sampai nak muntah.
1st day ganti puasa, kantoi. 1/2 day dah bukak puasa. Tak tahan.
Selang sehari puasa lagi. Macam tu jugak. Tapi saya berjaya tahan.
Selang sehari lagi puasa lagi. Macam tu jugak. Loya..dan akhirnya masa tengah hari.muntah.
Saya tak expect apa2..cuma saya ingat saya muntah sebab food sahur. Maybe bubur yang saya makan tu dah tak elok.
Tapi sebab husband suspect saya pregnant die belikan pregnancy test.
Saya actly malas nak cek. Sebab tak rasa pregnant pun.
Tapi sebab nak puaskan hati husband yang dah beli saya cek jugak malam tu.

Bila keluar 2-line ..tergamam!
Betul ke ni. Baca manual kat kotak banyak kali. Manual dalam kotak pun baca banyak kali.
2lines = pregnant!
Mula2 saya ingat ade color line kot. Bukan merah kot kalau pregnant.
Last2 saya ambi gambar post kt FB tanya pendapat kawan2.
Message kawan.
Semua kata positif pregnant and suruh jumpa doktor.
Serius macam tak percaya.
Rasa tak percaya saya ada baby dalam perut.
Bagitau hubby die happy sangat.
Malam tu hubby belanja Tutty Fruity. hihih


Clear kan 2-lines tu. Selalu dengar orang kata 2nd line tu kabur2. Saya punya ni clear betul. Doktor pun kata macam tu.


Esok pagi 25 Mei pergi klinik kat Taman Medan.
And doktor buat lagi skali prenancy test guna kit tu.
Dia kata Tahniah! Anda hamil. hehe
Doktor tanya bila 1st day last period.
Kira2 semua rupanya saya dah pregnant 5weeks.
Due dijangka 20 Jan 2013.
Ahaaaaaa..masa tu macam tak sangka lah saya akan feels semua ni.
Selalu tengok dalam tv je.
Alhamdulillah. Syukur

Kalau tanya perubahan badan rasa belum ada apa2 lagi.
Cuma perut asik rasa senak je.
Lapar yang amat. Makan lebih sikit angin keluar sekali dengan muntah.
Bau pelik sikit muntah.
Pening belum ada lagi.

kalau tanya apa nak buat memang saya blur lagi.
Baru nak start membaca. ehehe..

Sekarang dah kene start baca blog ibu2 hihi.
Banyak nak kene prepare ni.
Doakan semua selamat ye.
Saya lapar nak pergi makan.




Thursday, May 24, 2012

Review : Kasut bertandang

Kasut bertandang saya beli lagi 3 hari sebelum majlis.
Mula2 memantg tak nak beli. Tapi mengenangkan MIL ada cakap suruh pakai high heels. (sbb saya pendek kot)
And saya pun takde high heels. Kasut masa nikah dan tercabut dah tumit dia.
So saya pun beli la.
Ajak kawan pergi Mid Valley.
Carik 1 kedai je Vinci. Terus jumpa yang berkenan.Terus beli. Ahahaha senangkan..

Harga murah sahaja RM80.10 (lepas less 10%)

OK meh tengok..







Biasa2 je kasut ni.
Yang penting selesa pakai.
Saya ni jenis susah jumpa kasut yang selesa.
Kaki kecik kan..Size 4
So bile jumpe ni terus grab.
Lepas ni kasut ni pakai tuk wedding orang je..

Ok taa~

Doesn't ii beautiful?

Suka gelang n rantai yang ada bintang dan bulan nie..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...