Followers

20 Jan 2013

Waiting for my baby 20 Jan 2013
Lilypie Pregnancy tickers

Khai & Firdaus 31st March 2012

Khai & Firdaus 31st March
Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Wedding tickers

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair 31st March 2012
Daisypath Wedding tickers

Engangement Day

Engangement Day
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

Mencari keberkatan dalam majlis perkahwinan

Dari : http://www.ukhwah.com/

"Majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh syarak sangat mudah dan tidak menyusahkan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang ringan perbelanjaannya, yang tidak memberatkan, tidak bermewah-mewah dan tidak melebihi batas-batas yang diperlukan, serta tidak membawa kepada pembaziran kerana pembaziran itu bertentangan dengan hukum syarak. Sebenarnya mengadakan majlis perkahwinan sehingga terpaksa menanggung beban hutang tidaklah digalakkan oleh agama, cukupla dengan sekadar yang termampu sahaja. Kerana Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :


• Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
• Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
• Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
• Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.


Maka disini jelas kepada kita digalakkan agar mengadakan perkahwinan secara sederhana yangmana ianya tidak membawa kepada pembaziran. Sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakannya mengadakan kenduri kahwin sampai terpaksa berhutang. Itulah amalan masyarakat kita hari ini yang lebih mementingkan adat dari sunnah Nabi sendiri.


Sebaiknya laksanakanlah walimah atau kenduri kahwin sekadar yang termampu sahaja. Apa yang penting ia dilakukan dengan niat yang ikhlas selain untuk memanjatkan kesyukuran tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Bukan kerana menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Mudah-mudahan majlis yang diadakan dilimpahi berkat dan keredhaan ALLAH SWT. Kenduri yang berkat itu amat penting , sama pentingnya akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri.


Apalah gunanya jika wang dihabiskan untuk majlis besar-besaran tapi jauh daripada keberkatan Allah sehingga pengantin terpaksa berhutang dan meminjam. Hal ini memberi implikasi dalam melaksanakan tanggungjawab suami isteri dan membina keluarga bahagia. Justeru, laksanakanlah walimah berlandaskan sunnah, semoga perkahwinan diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...